Pada suatu hari, ada seorang lelaki dan seorang perempuan ke stesen minyak. Mereka menunggang sebuah Viva Metallic Blue. Mereka terus menunggang dan berhenti di "Air dan Angin". Mereka keluar dari kereta dan si gadis mengambil paip angin sambil diperhatikan oleh rakan lelaki nya dan si gadis mulakan sesi mengisi angin tayar Viva-Forever mereka. Setelah sekian lama mereka isi angin sambil berbual, terdengar satu suara jantan menjerit dari jauh.
"Tu nak isi angin ke, nak buang angin?!"
Si lelaki menyahut, "Isi angin..,".
Si gadis mula mengalih pandangan ke arah tayar.
*Tayar sudah pancit*
Pekerja Petronas terbabit pun menghampiri dan membantu mereka mengisi angin tayar. Selepas tayar sudah sihat segar bugar, si gadis mengucapkan "terima kasih" dan memberi sekuntum senyuman buat abang Petronas itu. Abang Petronas lantas membalas senyuman si gadis, dan pasangan itu mulai beredar.
No comments:
Post a Comment