Saturday, 25 December 2010

December 25

Salam.

Sesungguhnya, saya sudah menghabiskan 5 jam saya hari ini di dalam surau. WAHAHAHAH! Cool gila kan? Mak bapak saya bawa saya pergi surau time Krismas. Mak bapak awak ada buat? (No offense) :p

But today punya talk was quite interesting. The talk was devided into three parts - Makna Dakwah, Sejarah Kristian dan Sesi Q&A.

Tak sangka status ni mendapat sambutan. Tampaknya, masih ramai yang sedar. Alhamdulillah syukur. Ustazah Illy sangat bangga dengan kalian! :D

-------------

"Al-Quran diturunkan dalam bulan Ramadhan untuk memberi cahaya kepada manusia supaya keluar dari kegelapan. Persoalannya, siapa dalam cahaya?"

Achik: "Raka"
Illy: "Satria lah!

-------------

"Tuhan Maha Esa, bukan anak Tuhan itu Isa. Kita ni hanya ada satu Maulidur iaitu Maulidur Rasul. There's no such thing like Maulidur Isa,"

"Kenapa kita selalu kata Kristian jahat? Sebab mereka mempengaruhi kita? Sebab mereka mengajak kita menganut Kristian? Secara logik nya, adakah ianya salah? TIDAK. Mereka berbuat itu kerana mereka taat kepada agama. Mereka bersungguh-sungguh berdakwah kerana mereka percaya Nabi Isa mengorbankan diri dengan menyalibkan diri kerana ingin menyelamatkan penganut-penganutnya dari api neraka. Oleh itu mereka berasa terhutang budi. Sebab itu mereka sangat bersungguh-sungguh untuk berdakwah. Adakah itu salah? TIDAK ya tuan tuan dan puan puan. Sebaliknya, mereka itu lah penganut yang beriman (dalam Kristian). Kita sebagai umat Islam, pernahkah terfikir betapa banyaknya pengorbanan Rasulullah SAW. Pernahkah kita terfikir untuk berdakwah? Mereka berdakwah, kita bising. Bila suruh berdakwah, kenapa kita diam?!,"

-------------

"Kalau anak perempuan, atau isteri, atau saudara perempuan anda dilabel BOHSIA. Apakah yang anda lakukan?"

-- Pukul!
--- Belasah!

"Kenapa bila orang mencaci Allah, membakar Al-Quran, menuduh Rasulullah SAW sebagai seorang terrorist, kita berdiam diri? Adakah cinta kita terhadap manusia lebih tinggi dari Allah SWT dan Baginda?"

-------------

"Bila saya masuk gereja, saya nampak Islam. Tapi saya tak nampak orang Islam? Bagaimana tu? Mereka mudah mendekati kanak-kanak, sangat mesra, baik, peramah, tapi kalau kita? Mereka menyediakan pelbagai event di kawasan gereja. Mereka menyanyi, melukis, mewarna, mengaji, tapi kita? Bukankah pada asalnya Masjid itu adalah pusat pelbagai aktiviti ilmu? Cuba lihat kita sekarang, kalau kita nampak orang main bola dalam kawasan surau, menyanyi, bermain, lepak-lepak, berlari-lari, apa kita buat? Kita marah, kita halau, kata ini tempat suci, jangan buat bising, lepas tu budak-budak tu lari ke shopping complex, kita kata dia melepak. Salah siapa?"

-------------

"Ingin berdakwah, kita harus mula dengan Akidah dahulu baru Feqah. Ni tidak, remaja yang seksi, yang bersosial, yang terkinja sana-sini, kita beri dia ayat-ayat Al-Quran, kita bersyarah pasal hukum hakam, awak ingat dia nak dengar ke? Bila bercakap, kita kena buat dia faham. Kalau akidah masih tidak betul, jangan harap dia nak terima Feqah."

"Sepanjang saya hidup, maaf jika ayat saya kasar, tapi hanya satu saja Khutbah yang saya rasa bagus berbanding Khutbah Khutbah Sembahyang Jumaat yang saya pernah dengar. Yang lain, macam tak guna! Kenapa? Mereka cakap dengan nada yang tak sesuai, nak cerita pasal tah apa-apa, keluar surah-surah Al-Quran, awak ingat pendengar itu nak dengar? Nak faham? Mereka tak faham langsung pun! Ini membuatkan mereka rasa Islam ini beban. Bagaimana awak nak berdakwah kalau pendengar awak tak faham apa awak cakapkan?"

"Oleh itu, jika berucap, lihat siapa penonton kamu. Jangan nak tunjuk power hafal ayat tu, ayat ni depan orang yang tak faham langsung apa awak cakap. Tak guna semua tu. Sia-sia!,"

-------------

Setakat itu yang saya ingat yang saya rasa nak share? Tapi part Sejarah itu paling meletop nok! Seronok. Tapi yelah, setakat ini Ustazah Illy bersuara. Banyak sangat sejarah rasa macam nak retake SPM. Kot kot boleh A Sejarah? HAHAHA. Sehingga ketemu lagi. Daa~ :D

No comments:

Post a Comment