Sunday 25 April 2010

Hello, Awak.

Saya amat risaukan keadaan awak. Saya amat merindui awak, awak tahu. Saya tahu awak sedang tidur ketika ini. Semoga awak cepat sembuh dan pulang cepat. Saya mahu bertemu dengan awak sebelum saya ke Jakarta. Cepat-cepat sembuh. Saya mahu awak sihat seperti sediakala. Saya mahu awak kuat. Saya mahu awak sentiasa di sana. Saya tidak mahu kejadian seperti pagi tadi berulang. Saya sangat risau, dan awak sangat degil. Nasib baik saya hanya mampu mendengar suara awak. Jika awak berada di depan saya, saya yakin saya sudah sekeh kepala awak tanpa belas kasihan. Walaupun awak sedang meraung kesakitan. Sebab awak sangat degil, awak tahu. Tapi awak dah berjanji dengan saya, awak tidak akan sentuh makanan segera lagi. Saya harap awak masih ingat dan pegang janji awak. Kalau tidak, sekali lagi saya akan berleter panjang seperti tadi. Oh, saya rasa macho. :P Saya mendoakan untuk kesejahteraan awak, sentiasa. Sayang awak. :)


..and, HAPPY 16th BIRTHDAY , ANGAH!!!



cake awak sangat comel.
hadiah awak pun! :)

No comments:

Post a Comment