mulut tempayan gampang ditutup, tetapi al-kisah 1001 yang kau karyakan tidak akan pernah bisa aku tutupi.
hidupku bahagia. aku punya keluarga, kekasih hati mahupun teman. temanku ramai. kawanku juga tidak terhitung tetapi sahabat, bisa dibilang. siapakah? dia atau dia? biarlah, tidak penting buat pengetahuanmu. kenapa? jangan dipersoalkan. mengapa? cermin dirimu kembali dan tanyakan kepada bayangmu sendiri, siapakah kau kepadaku? perlukah aku menjawab segala persoalanmu? jawapannya, tidak. mengapa tidak? jawapannya ada padamu. segala cacianmu dan maki hamunmu hanya membuat-ku tertawa. mengapa? ya, aku persoalkan kembali padamu. mengapa kau masih di situ memerhatikan aku!
dan kamu, mengapa masih lagi tidak memahamiku. tidak cukup terang lagikah peribadiku? apa lagi kamu inginkan. jasadku masih teguh berdiri di sini tetapi hatiku mati. aku mungkin kelihatan tabah, tetapi hatiku halus. terlalu halus untuk kamu bayangkan. aku tidak pernah bisa tahan. aku tidak setabah kamu. aku bukan dia mahupun dia. aku adalah aku. aku yang percaya kamu dengan hati yang tulus. tetapi kamu menghancurkan harapanku dengan setitik demi setitik kekecewaan yang kamu berikan. aku lemas tatkala kamu pergi meninggalkanku tatkala aku memerlukanmu disisi. maaf jika aku tidak pernah menunjukkan isi hatiku. maaf jika kata-kataku mengguris hatimu. maaf jika tingkah laku-ku menyinggung hatimu. kerana aku terlalu marah, terlalu marah kerana aku terlalu menyayangimu.
dan kau! jangan lagi kau lihat aku sebagai boneka untuk tatapan harianmu. jika kau ingin membuka wasilah jahanam tentangku, silakan. aku tidak perlu kenal siapapun dirimu. kerana, namamu juga tidak layak untukku sebut. apatah lagi mukamu untukku lihat. mengapa? persoalan yang sering terlintas, bukan? aku punya sebab atas segala tindakanku. mengapa kau memandangku dengan lirikan yang begitu hina? ya, sejujurnya aku terlalu hina tetapi kau tidak layak menghakimi aku kerana aku adalah bayangmu!

No comments:
Post a Comment