Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my
PASIR MAS: Bayangkan perasaan seorang ibu terpaksa mengutip cebisan otak anak kandung sendiri yang bertaburan di tepi jalan! Itulah pengalaman paling memilukan bagi Fadhilah Mohd Noor, 45, beberapa minit sejurus anak bongsunya, Siti Nurzulaiqha Mohd Faizal, 8, dilanggar bas ekspres di depan rumahnya di Jalan Cabang Empat, Chetok dekat sini.Menahan sebak di dada, dia bersama empat lagi anaknya segera mengutip cebisan otak mangsa selepas tempurung kepala Nurzulaiqha pecah bagi mengelak organ itu hilang dilanggar kenderaan yang lalu lalang. Seorang lagi anaknya, Mohd Salahuddin, 17, mengangkat jenazah dan membawanya ke tepi jalan sehingga polis tiba.Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, Jumaat lalu, Nurzulaiqha dirempuh bas yang dalam perjalanan dari Rantau Panjang ke Kuala Lumpur ketika melintas jalan bersama abangnya, Mohd Iqbal Mohd Faizal, 10, selepas pulang dari kedai terletak kira-kira 30 meter dari rumah mereka.
Nahas ngeri itu berlaku di depan mata Mohd Iqbal dan seorang kakaknya, Nur Fatin Nabila, 18, yang kebetulan berada berhampiran tempat kejadian apabila melihat Siti Nurzulaiqha tercampak kira-kira 15 meter di hadapan rumah mereka.
Sebelum kejadian, Nurzulaiqha dikatakan mengikut Mohd Iqbal untuk membeli kad tambah nilai telefon bimbit di kedai berhadapan rumah mereka.
Dalam perjalanan pulang, murid Sekolah Kebangsaan Chabang 3, Chetok itu dikatakan berpimpin tangan dengan Mohd Iqbal sambil memegang sebungkus biskut coklat.
Nurzulaiqha bagaimanapun secara tiba-tiba berlari meninggalkan abangnya yang berhenti di garisan tengah jalan untuk melintas pulang ke rumah di seberang jalan sebelum terpelanting akibat dilanggar bas ekspres itu yang tidak sempat membrek.
Menceritakan pengalaman ngeri itu, Nur Fatin berkata dia tergamam sejurus melihat adiknya terpelanting.
“Mulanya saya suruh Iqbal membeli kad tambah nilai itu, tapi Nurzulaiqha berkeras mahu mengikut ke kedai. Saya lihat dari jauh mereka melintas jalan dan menunggu di depan rumah.
“Ketika mereka pulang, saya nampak arwah melintas dan sudah sampai di tepi jalan dalam keadaan tercungap-cungap membongkok kerana keletihan. Sebaik dia menegakkan kepala, sebuah bas ekspres melanggar belakang kepalanya.
“Dalam sekelip mata, adik tercampak dan memang betul-betul saya tidak sangka kelibat objek yang melayang bersama bas terbabit adalah Nurzulaiqha,” katanya.
Katanya, dia segera menjerit memanggil nama arwah kerana masih tidak percaya dengan kejadian yang disaksikan di depan mata.
“Ketika itu berat kaki saya untuk melangkah melihat keadaan adik. Saya kemudian menjerit berulang kali sebelum memanggil ahli keluarga yang kebetulan berada dalam rumah.
“Kami bersama ibu mengutip cebisan otak arwah yang bertaburan di tepi jalan selepas tempurung kepalanya pecah, manakala seorang lagi adik, Mohd Salahuddin, 17, mengangkat jenazah,” katanya.
Sementara itu, Fadhilah berkata, sungguhpun reda dengan kejadian menimpa anak bongsunya itu, dia terkilan berikutan kegagalan pengurusan syarikat bas terbabit menziarahi mereka sekeluarga.
“Memang ajalnya sudah sampai, tapi pihak berkenaan sepatutnya bertanggungjawab. Kita peliharanya sehingga lapan tahun, bila jadi macam ni syarikat bas itu langsung tak datang bertanya khabar,” katanya.
Menurutnya, sebelum kejadian Nurzulaiqha turut menunjukkan beberapa perangai pelik termasuk kerap mendiamkan diri, makan sehingga pinggan bersih dan bertanyakan soalan pelik.
“Seminggu sebelum meninggal, arwah bertanya ‘Kalau budak-budak mati, dia pergi mana dan duduk dengan siapa? Saya jawab: ‘Tuhan bawa pergi syurga.’
“Malah, tiga minggu sebelum meninggal, arwah liat sangat bangun pagi tidak seperti kebiasaan, selain kerap melukis gambar budak perempuan bersama tulisan ‘I love you’ dalam buku nota kakaknya,” katanya.
Katanya, paling menyayat hati dia sempat melihat Nurzulaiqha menjamah gulai ketika kenduri kahwin jirannya tanpa meninggalkan sebutir nasi dalam pinggan.
Katanya, jenazah arwah anaknya dihantar ke Hospital Lati, Pasir Mas, untuk bedah siasat pada malam kejadian sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bating Pauh, kira-kira jam 11 pagi kelmarin.
-end-
p/s : dude.., this accident happened lyk 4-5 days ago, and baru kuar paper today?!! slow gile wartawan. hmm, btw, tmpat kjadian mg byk org meninggal sb kne rempuh. its not the first time org pecah otak kat situ. the last time was this mat motor kot yg kpala pecah, at the same place juge accident dia. mg situ kaws yg.. sket. kenape i tao? sb kaws tu dpn kpg halaman saye.. huu~ org sibuk meraikan kenduri abg faisal.. tp end up dgn tragedi ni..? huu~ scary, and menyayat hati. tht lil girl na g kdai daud sb na bli topap. huuu~ kdai tu jgak tmpat i bli topap. huu~ n tht kdai jgak tmpat pacik2 yg ta seda diri dah tua mlepak! hm.. tp yg ta puas hati nye, knape pihak berkuasa ta penah buat ape2 tindakan. kes2 ni da brlaku smpai ta ckup jari na kire. n now baru thegeh2 nak msukkan dlm paper. itu pon kalau pihak berkuasa bace? kalau tak? hampeeh. hm.. walau ape2 pun, takziah buat kluarga iqha. al-fatihah~

No comments:
Post a Comment